Tamadun Mesopotamia
Tamadun Mesopotamia merupakan tamadun yang terawal di dunia. Mesopotamia berasal daripada perkatan bahasa Yunani bermaksud tanah di antara dua batang sungai.
Peta menunjukkan kedudukan beberapa buah kerajaan dan negara kota dalam tamadun Mesopotamia. |
- Kedudukan Tamadun Mesopotamia
- Mesopotamia terletak di kawasan lembah antara dua batang sungai. (Sg. Tigris dan Sg. Euphrates)
- Sungai ini mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah pamah di Iraq sampai ke Teluk Parsi.
- Wilayah Mesopotamia dikelilingi oleh Pergunungan Zragos dibahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian selatan.
- Beberapa kerajaan telah muncul di lembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea.
- Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot.
- Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi.
(ii) Bahagian selatan bandar Baghdad.
- Bahagian utara bandar Banghdad merangkumi kawasan pertengahan Sg. Tigris hingga ke Utara, termasuk Assyria.
- Bahagian selatan bandar Baghdad merangkumi kawasan Sg. Tigris dan Sg. Euphrates yang dikenali sebagai Babylon.
- Babylon dibahagi kepada Akkad di utara dan Sumeria di selatan.
- Tamadun Mesopotami bermula di Sumeria.
- Orang Semeria yang berhijrah ke Sumeria telah membina penempatan dan menjalankan kegiatan pertanian.
- Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pergaliran air sungai.
- Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
- Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yang berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kota. Negara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.
- Kerangka Masa
- Tamadun Mesopotamia berkembang daripada penempatan awal Zaman Neolitik antara tahun 7000 S.M – 5000 S.M.
- Wilayah Mesopotamia berkembang sebagai pusat tamadaun awal pada tahun 3500 S.M.- Beberapa kerajaan telah muncul di lembah Mesopotamia ialah Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Awal, Kassite, Assyria, Chaldea.
- Kerajaan-kerajaan tersebut telah muncul, berkembang dan akhirnya merosot.
- Setelah kejatuhan kerajaan Chaldea, wilayah Mesopotamia dikuasai oleh Parsi.
- Proses Pembentukan Mesopotamia
- Proses pembentukan Mesopotamia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
(i) Bahagian utara bandar Baghdad.(ii) Bahagian selatan bandar Baghdad.
- Bahagian utara bandar Banghdad merangkumi kawasan pertengahan Sg. Tigris hingga ke Utara, termasuk Assyria.
- Bahagian selatan bandar Baghdad merangkumi kawasan Sg. Tigris dan Sg. Euphrates yang dikenali sebagai Babylon.
- Babylon dibahagi kepada Akkad di utara dan Sumeria di selatan.
- Tamadun Mesopotami bermula di Sumeria.
- Orang Semeria yang berhijrah ke Sumeria telah membina penempatan dan menjalankan kegiatan pertanian.
- Mereka membina sistem pengairan untuk mengawal pergaliran air sungai.
- Perkembangan aktiviti pertanian menghasilkan sumber makanan yang berlebihan untuk menampung keperluan penduduk yang semakin bertambah.
- Perkembangan ini menyebabkan penempatan awal yang berbentuk perkampungan berubah menjadi negara kota. Negara kota itu muncul sepanjang sungai seperti negara kota Assur, Eridu, Kish, Lagash, Mari, Nippur, Ur dan Uruk.
- Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia
a) Negara Kota
- Negara kota yang wujud di sepanjang sungai mempunyai ciri fizikal yang tersendiri.
- Setiap negara kota mempunyai pusat kota, tembok kota, luar kota, perlabuhan dan kubu pertahanan yang mempunyai pelbagai bentuk gerbang pintu.
- Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah kedai, pasar dan rumah ibadat.
b) Organisasi Sosial
- Masyarakat negara kota lebih teratur.
- Masyarakat negara kota terbahagi kepada:
(i) golongan pemerintah : raja, ketua pendeta, ketua tentera, bangsawan).
(ii) rakyat bebas : petani, artisan, pedagang, hamba (tawanan perang).
Rajah yang menunjukkan susun lapis masyarakat Mesopotamia. |
c) Sistem Pemerintahan
- Berbentuk teokrasi.
- Raja dianggap sebagai tuhan/ wakil tuhan/pemilik kota.
- Raja Naramsin (raja Akkad) disembah oleh penduduk.
- Raja Naramsin menggelarkan diri sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”.
- Raja menjadi ketua pentadbir, ketua tentera, ketua pendeta.
- Raja dan ahli keluarga raja memegang jawatan di Zigurat.
- Zigurat ialah pusat ibadat, pusat perdagangan, pusat penyimpanan khazanah negara.
d) Pengkhususan kerja
- Penduduk meninggalkan pekerjaan petani dan menjadi peniaga, pedangang dan artisan.
- Perdagangan di sekitar Mesopotamia dan Lembah Indus.
- Mesopotamia tidak mempunyai banyak bahan mentah. Mesopotamia banyak menghasilkan logam, emas, perak dan lain-lain.
e) Sistem Tulisan
- Bermula dengan bentuk tulisan bergambar.
- Sistem tulisan berkembang kepada tulisan berbentuk simbol (menggunakan tanah liat) dan tulisan berbentuk pepaku (cuneiform).
Tulisan pada tanah liat yang berbentuk pepaku dan dikenali sebagai cuneiform. |
- Sumbangan Tamadun Mesopotamia
- Digubal semasa pemerintahan Raja Hammurabi (kerajaan Babylon).
- Terdapat 282 undang-undang terpahat pada tembok besi.
- Hukuman dan denda setimpal kesalahan yang dilakukan.
- Menjadi dasar perundangan tamadun.
- Dapat mengelakkan permasalahan di kalangan masyarakat, mewujudkan perpaduan dan mengukukuhkan sistem organisasi.
b) Sistem tulisan
- Membawa kepada sistem pendidikan (melahirkan jurutulis).
- Untuk merekod urusan pentadbiran dan peniagaan.
- Melahirkan tradisi kesusasteraan. Kesusasteraan tertua di dunia ialah Epik Gilgamesh (falsafah dan cara hidup Mesopotamia).
c) Ilmu Astronomi
- Perkembangan ilmu matematik dan geometri - pergerakan bulan, bintang dan matahari.
- Penggunaan jalan laut (kompas)
- Penciptaan kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun.
d) Ilmu Perubatan
- Mementingkan kesihatan tentera dan mendapat perhatian khusus (pemerintah Assyura).
- 500 jenis ubat-ubatan (herba dan ramuan).
e) Penciptaan roda
- Untuk menghasilkan kereta kuda. Tujuan kereta kuda adalah untuk peperangan atau kegunaan pada masa aman.
- Penciptaan roda membolehkan orang Mesopotamia mencipta kincir air.
Perkembangan bentuk roda dalam tamadun Mesopotamia. |
f) Penciptaan alat pengangkutan
- Menyumbangkan ciptaan alat pengangkutan yang terawal kepada dunia. Contoh: kapal layar.
g) Cara membuat batu bata
- Membuat batu bata daripada tanah liat.
- Penciptaan arca dan tiang batu. Contoh: patung Raja Gudea.
- Arca dan tiang batu dapat dilihat dalam seni bina zigurat.
perkembangan
ReplyDeletewow....full of information😃
ReplyDeleteWow..lah...
ReplyDeleteterbaik boleh buat rujukan
ReplyDeleteAlhamdulillah terima kasih boleh jugak ulangkaji untuk spm terima kasih nota yang lengkap dan padat❤
ReplyDeleteUd
ReplyDeleteTapi Tak Ada tentang keistimewaan
ReplyDeleteJelaskan kerajaan kerajaan yang wujud dalam tamadun mesopotamia . Boleh tolong ka ?
ReplyDeleteMantap
DeleteTulisan tamadun bangsa lain diagungkan sedangkan di Malaysia ada satu suku peribumi yang memiliki peradaban tulisan kuno yaang dmiliki suku Dayak Iban Sarawak Borneo iaitu Aksara Turai yang mirip tulisan tamadun mesir kuno berbentuk simbol.Ramai rakyat malaysia tak sedar akan kewujudan tulisan suku peribumi ini kerana sistem pendidikan lebih menekankan tamadun luar dari suku peribumi sendiri
ReplyDelete